Pasangan kekasih didakwa

Friday, March 16, 2018

Pasangan kekasih didakwa

Pasangan kekasih didakwa

IPOH - Seorang pelajar warga Nigeria dan kekasihnya dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ipoh, semalam atas pertuduhan memperdaya seorang guru tuisyen melibatkan kerugian RM3,200, bulan lalu.

Tertuduh, Udeze Ifeanyi John, 32 dan Normazaiton Muiz, 38, masing-masing mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Majistret Nurul Hafizah Mohammad Pauzi.

Mengikut pertuduhan, pasangan itu didakwa bersama-sama menipu Chong Sien Yee, 27, dengan memperdayakannya untuk mempercayai bahawa mereka telah menghantar hadiah bungkusan yang tidak wujud dan perlu membayar sejumlah wang cukai untuk melepaskan bungkusan yang ditahan kastam di sebuah bank di Jalan Gopeng kira-kira jam 3.15 petang, 5 Februari lalu.

Pertuduhan terhadap mereka dikemukakan mengikut Seksyen 420 Kanun keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Qistini Qamarul Abrar manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam, Datuk Simon Sabapathy.

Terdahulu, Nurul Qistini memohon mahkamah tidak membenarkan sebarang jaminan diberikan terhadap tertuduh namun dibantah oleh peguam bela berikutan Udeze merupakan pelajar manakala Normazaiton pula perlu menyara ibu bapanya.

Nurul Hafizah kemudiannya membenarkan Udeze diikat jamin RM7,000 dengan dua penjamin warga tempatan dengan syarat tambahan perlu menyerahkan pasportnya kepada mahkamah.

Manakala, Normazaiton pula dibenarkan ikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin.

Mahkamah menetapkan sebutan semula kes pada 2 April depan.



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment