Panik dalam mesin bancuh simen

Monday, March 19, 2018

Panik dalam mesin bancuh simen

Panik dalam mesin bancuh simen

LAHAT - Seorang lelaki warga Bangladesh diselamatkan bomba selepas diserang rasa panik ketika membaiki mesin pembancuh simen di sebuah kilang di Kawasan Perindustrian Bukit Merah di sini, hari ini.

Difahamkan mangsa berusia 30-an itu gagal untuk keluar setelah separuh daripada badannya telah masuk ke dalam mesin itu.

Bagaimanapun, usaha rakan sekerja untuk menariknya keluar gagal setelah mangsa bertindak memegang kuat palang besi di dalam mesin terbabit menyebabkan khidmat bomba dipanggil untuk menyelamatkannya.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Ipoh, Omar Mahmud berkata, enam anggota bersama dua jentera dikejarkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 4.06 petang.

"Setibanya di lokasi kejadian kita mendapati separuh badan mangsa tertonggeng di dalam mesin itu. Cubaan menarik keluar mangsa gagal kerana mangsa dalam keadaan panik.

"Mangsa seperti trauma telah memegang kuat besi menyebabkan anggota memujuknya untuk melepaskan pegangan bagi menariknya keluar. Usaha itu tidak mengambil masa yang lama," katanya.

Menurutnya, bomba memberi bantuan kecemasan setelah keadaannya seperti mengalami kesesakan nafas serta terjerit-jerit.

"Dengan menggunakan ambulan Perkhidmatan Perubatan Kecemasan (EMRS) mangsa dihantar mendapatkan rawatan lanjut ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB)," katanya yang tamat operasi kira-kira jam 4.36 petang.



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment