Padah gaji pendatang asing

Wednesday, March 28, 2018

Padah gaji pendatang asing

Padah gaji pendatang asing

TANAH MERAH - Padah menyembunyikan pendatang asing tanpa izin (Pati), dua majikan dan seorang pemandu teksi masing-masing didenda antara RM8,000 hingga RM18,000 dalam tiga kes berasingan di Mahkamah Sesyen (Pati) di sini, hari ini.

Mengikut pertuduhan, pemandu teksi, S Eulengo, 42, didakwa telah membenarkan seorang Pati warga Myanmar masuk dan berada dalam sebuah kereta jenis Proton Iswara miliknya di sekatan jalan raya Pos Aksem Lalang Pepuyu, Tanah Merah dekat sini pada jam 6.50 petang, 12 Mac lalu. Atas kesalah itu tertuduh didenda sebanyak RM8,000.

Manakala, pemilik Restoran Yellow Bamboo, Saiful Anuar Tajul Urus, 26, didenda RM14,000 selepas didapati bersalah menggaji dua warga Thailand di premisnya di Jalan Lating Mulong, Kota Bharu pada jam 9.40 malam, 21 Februari lalu.

Seorang kontraktor Syarikat Sun Ridge Sdn Bhd, Koay Woon Keon, 46, pula didakwa atas dua pertuduhan mengaji dua warga Indonesia di sebuah tapak pembinaan di Seksyen 54, Mukim Kenali, Kubang Kerian, Kota Bharu antara jam 11.10 hingga 11.15 pagi pada 3 dan 14 Mac lalu. Tertuduh didenda sebanyak RM18,000.

Ketiga-tiganya didakwa di bawah Seksyen 5E1 Akta Imigresen 1959/63 (Pindaan 2002) yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM30,000 atau penjara maksimum 12 bulan atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan

Hukuman dijatuhkan Hakim Hakim Mohd Yusof Yunus manakala pendakwaan kes dikendalikan Pegawai Pendakwa Imigresen, Mohd Nasron Hashim.



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment