NTP: Tepis fitnah pembangkang

JOHOR BAHRU: Semua kejayaan yang dibentangkan laporan Program Transformasi Negara (NTP) menyebabkan pembangkang kehabisan modal politik.
Sambil mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Pusat atas pencapaian sepanjang tahun lalu itu, Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata kejayaan itu perlu disebar kepada pengetahuan masyarakat umum.
"Ia penting bagi menutup ruang mereka (pembangkang) untuk buat fitnah.
"Rakyat perlu berlaku adil kepada Kerajaan Pusat yang terus komited dan berusaha memajukan negara.
"Walaupun berhadapan dengan pelbagai cabaran dari luar dan dalam negara, kerajaan tidak putus asa melaksanakan kewajipan dan tanggungjawab," katanya ketika dihubungi NSTP, di sini, hari ini.
Mohamed Khaled berkata, meskipun ada keputusan atau dasar dilakukan kerajaan tidak bersifat populis, ia penting bagi menjamin kesejahteraan untuk tempoh masa panjang.
sumber: bharian
0 comments:
Post a Comment