Najib berazam pacu negara jadi lebih gemilang
KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berazam untuk memacu pembangunan negara ke arah masa depan yang lebih gemilang dalam menuju aspirasi Transformasi Nasional 2050.
Beliau berkata Malaysia kini sudah menjadi sebuah kisah kejayaan dan berada di ambang perubahan besar, yang bakal berlaku dalam tahun-tahun akan datang.
Negara telah mencapai kejayaan memberangsangkan hasil dasar-dasar yang dilaksanakan kerajaan menerusi Program Transformasi Nasional (NTP) serta pembangunan infra rakyat yang membawa negara dari takuk ke takuk baharu, kata beliau.
"Kita mahu Malaysia menjadi yang dihormati dunia, Malaysia yang berdaya saing, Malaysia yang berjaya di tanah air dan di peringkat persada antarabangsa dan Malaysia yang tidak ada mana-mana individu yang terabai.
"Apa yang kita perlu setiap rakyat yakin pada usaha kita sebab kita ada pelan yang besar untuk negara ini... kita ada âbigâ infra rakyat projek. Kita ada MRT, LRT, kita ada ECRL yang akan membawa perubahan yang amat besar di negeri-negeri Pantai Timur," katanya ketika berucap melancarkan Laporan Tahunan Program Transformasi Negara (NTP) 2017 di sini, malam ini. - Bernama
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment