Nahas pesawat kecil ragut 10 nyawa

Saturday, March 17, 2018

Nahas pesawat kecil ragut 10 nyawa

Nahas pesawat kecil ragut 10 nyawa

MANILA - FILIPINA. Sekurang-kurangnya 10 terbunuh selepas pesawat kecil membawa lima penumpang terhempas di atas sebuah rumah di Filipina, hari ini.

Jurucakap Pihak Berkuasa Penerbangan Awam, Eric Apolonio berkata, pesawat Piper PA-23 Apache dikendalikan Lite Air Express itu dilaporkan baru berlepas dari lapangan terbang di bandar Plaridel di wilayah Bulacan menuju ke bandar Laoag apabila nahas itu berlaku.

"Kesemua penumpang disahkan terkorban. Seramai lima individu lain juga maut manakala dua lagi cedera terkena serpihan pesawat itu. Kemalangan itu telah menyebabkan kebakaran pada kediaman terbabit," kata Ketua Polis Plaridel, Julio Lizardo.

Menurut saksi, pesawat itu melanggar pokok dan tiang elektrik sebelum ia merempuh rumah terbabit.

Jelasnya, kesemua pesawat dan perkhidmatan kurier kendalian syarikat itu telah digantung sementara siasatan untuk mengenal pasti punca nahas tersebut dijalankan. - AP



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment