'Bagai mimpi tewaskan Federer'
JUAN Martin del Potro bangkit dari posisi sukar untuk menewaskan Roger Federer di perlawanan akhir Terbuka BNP Paribas, Indian Wells awal pagi tadi.
Dalam perlawanan akhir itu, Del Potro terlebih dahulu unggul mendahului set pertama dengan kemenangan 6-4, sebelum pemain nombor satu dunia, Federer bangkit untuk memenangi set kedua dengan keputusan sengit 6-7 (8).
Bersambung di set ketiga Del Potro terpaksa menahan asakan bertubi-tubi Federer sebelum berjaya mengheret perlawanan ke 'tie-break' dan memenanginya dengan keputusan 7-6.
Kemenangan itu menjadikan Del Potro meraih gelaran ATP Masters 1000 yang pertama sepanjang kariernya sekali gus turut menjadi pemain Argentina pertama menjuarai kejohanan di Indian Wells.
Pada masa sama, beliau turut menghentikan 17 kemenangan berturut-turut Federer.
"Sukar untuk saya menggambarkannya dengan kata-kata. Ia bagaikan mimpi.
"Saya telah bekerja keras untuk meraih gelaran ini selepas dan saya telah melakukannya di saat-saat sukar saya.
"Ini adalah gelaran Masters 1000 pertama saya dan dengan mengalahkan Federer ianya jadi lebih menakjubkan," kata del Potro di laman rasmi kejohanan.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment