Masih hidup tapi diisytihar mati

Saturday, March 17, 2018

Masih hidup tapi diisytihar mati

Masih hidup tapi diisytihar mati

BUCHAREST - ROMANIA. Permohonan seorang lelaki yang mendakwa dirinya masih hidup telah ditolak oleh mahkamah selepas dia didaftarkan secara rasmi telah meninggal dunia.

Constantin Reliu, 63, berpindah ke Turki untuk bekerja pada 1992 dan tidak pernah menghubungi keluarganya selama hampir dua dekad.

Isteri Reliu menganggap dirinya telah meninggal dunia dan turut mendapatkan sijil kematian pada 2016 selepas tidak mendengar sebarang khabar berita daripadanya sejak 1999.

Lelaki tersebut mendakwa dia ditahan di Ankara selepas permohonannya untuk tinggal di negara itu tamat tempoh dan kemudiannya dihantar pulang.

Selepas kembali ke Romania, Reliu gagal mendapat kerja kerana dia diisytiharkan meninggal dunia.

Dia kemudiannya mengemukakan perkara tersebut kepada mahkamah, namun gagal atas alasan rayuan yang dibuat itu sudah terlambat.

"Saya disahkan sudah meninggal dunia sedangkan masih hidup. Saya tidak mempunyai pendapatan kerana status itu. Saya tidak dapat berbuat apa-apa," katanya.

Menurutnya, dia berhasrat untuk kembali semula ke Turki di mana lelaki itu mempunyai perniagaan sendiri.

Tetapi, Reliu perlu mendapatkan semula identitinya dan sijil kematian itu perlu dibatalkan sebagai syarat untuk meninggalkan negara tersebut. - The Independent



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment