MAPS rai kanak-kanak, anak yatim

Wednesday, March 21, 2018

MAPS rai kanak-kanak, anak yatim

MAPS rai kanak-kanak, anak yatim

BANDAR MERU RAYA - Musim cuti sekolah kali ini pastinya bermakna buat 500 kanak-kanak termasuk anak yatim daripada 12 pusat jagaan kanak-kanak dan pusat pendidikan di seluruh Perak apabila mereka berpeluang masuk ke Taman Tema Animasi Studio (MAPS), di sini.

Ketua Pegawai Operasi MAPS,  Mohd Farid Abdul Aziz berkata,  program tersebut merupakan salah satu tanggungjawab sosial korporat (CSR) mereka.

Katanya,  kanak-kanak tersebut diberikan peluang untuk meluangkan masa sempena cuti di dalam taman tema tersebut.

"Program seperti ini bukanlah yang pertama kerana sebelum ini kita pernah bawa anak-anak yatim ke MAPS. Jadi, melalui program CSR seperti ini, dapatlah kami memberikan keceriaan kepada anak-anak ini," katanya kepada pemberita.

Beliau berkata demikian ketika ditemui sempena program berkenaan di MAPS, baru-baru ini.

Dalam perkembangan lain, Mohd Farid berkata, bersempena cuti sekolah ini juga, MAPS menawarkan pelbagai tarikan istimewa kepada pengunjung.

Menurutnya, orang ramai berpeluang menyaksikan aksi lagak ngeri The Stunt Legends pada sebelah malam dengan harga hanya RM35.

Beliau berkata, pihaknya juga akan mengadakan beberapa pertujukan lain dan orang ramai boleh mula masuk ke MAPS untuk sesi malam pada jam 5 petang.

"Istimewanya kali ini, buat julung kalinya animasi popular negara, BoBoiBoy akan menyambut ulangtahunnya di MAPS. Sempena itu juga kita ada pelbagai aktiviti melibatkan BoBoiBoy.

"Sempena itu juga, karektor animasi BoBoiBoy Galaxy akan ditampilkan buat pertama kalinya di MAPS pada 24 Mac ini," katanya.



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment