'Tun M tak mau duduk diam'
ALOR SETAR - Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak berdepan masalah kesihatan serius, cuma kebelakangan ini mengalami batuk berkahak.
Anaknya yang juga Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Mukhriz berkata, ini menyebabkan kesihatan beliau sedikit terganggu, selain sukar untuk berceramah dengan lancar.
âAyah saya sihat, cuma batuk-batuk sahaja. Mungkin kerana banyak sertai program waktu malam, kadang-kadang sehingga lewat malam. Sebagai anak, saya mahu dia berehat, tapi Tun tetap bersemangat, tak mau duduk diam, nak juga turun padang,â katanya.
Menurutnya, Mahathir batuk sejak beberapa hari lalu, namun bertegas untuk turun padang ke pelosok negeri untuk bersama rakan pimpinan lain.
âJemputan ceramah dan program ada hampir setiap hari, tapi sanggup ke merata negeri memandangkan PRU14 semakin hampir,â katanya.
Mukhriz berkata, Mahathir memiliki semangat yang luar biasa dan tidak mahu hadkan aktivitinya berjumpa rakyat.
âSaya akui beliau perlukan rehat secukupnya, namun jadual kerja seharian begitu padat. Saya sudah pun cadangkan supaya longgarkan sedikit jadual, elak terlalu padat. Buat masa ini, kesihatan beliau baik-baik sahaja dan akan turun padang jika berkesempatan,â katanya.
Mukhriz berkata demikian ketika ditanya tahap kesihatan Mahathir yang dilihat sedikit merosot kebelakangan ini.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment