Lagi geng basikal lajak ditahan
BALIK PULAU - Tujuh pelajar sekolah ditahan polis selepas berlumba sesama sendiri menggunakan basikal lajak di Jalan Titi Serong di sini, malam semalam.
Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan AA Anbalagan berkata, kesemua pelajar berusia lingkungan 10 hingga 15 tahun itu ditahan kira-kira jam 11 malam oleh sepasukan polis trafik.
"Kita terima maklumat daripada orang awam mengatakan ada sekumpulan pelajar menaiki basikal lajak sedang berlumba menuruni cerun bukit.
"Mereka ditahan dan dibawa ke Balai Polis Barat Daya manakala tujuh buah basikal lajak dirampas. Tindakan saman akan diambil mengikut Kaedah 42(3)
(LN 166/59 Kaedah-kaedah Lalu Lintas 1959)," katanya ketika dihubungi tadi.
Menurutnya, tindakan saman akan dibuat di mahkamah pada 23 Mac ini.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment