Kulai Jaya miliki 19 fasiliti kesihatan: KKM

Monday, March 19, 2018

Kulai Jaya miliki 19 fasiliti kesihatan: KKM

Kulai Jaya miliki 19 fasiliti kesihatan: KKM

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan komited  dalam memastikan setiap rakyat di daerah Kulai Jaya, Johor menerima perkhidmatan kesihatan yang terbaik dan berkualiti.

Dalam satu kenyataan hari ini, kementerian itu berkata daerah Kulai Jaya memiliki pelbagai fasiliti kesihatan yang disediakan oleh kerajaan terdiri sebuah hospital daerah, 11 klinik desa, dua klinik kesihatan dan lima klinik 1Malaysia.

Kemudahan kesihatan itu antaranya ialah Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim, Klinik Desa Air Bemban, Klinik Desa Felda Bukit Permai, Klinik Desa Felda Bukit Batu, Klinik Desa Felda Inas, Klinik Desa Kampung Bahagia, Klinik Desa Kampung Bukit Batu, Klinik Kesihatan Kulai, Klinik Kesihatan Kulai Besar, Klinik 1Malaysia Taman Manis, Klinik 1Malaysia Taman Putri, dan Klinik 1Malaysia RTC Kulai Jaya.

Sehubungan itu Kementerian Kesihatan menafikan kenyataan yang tular di media sosial baru-baru ini bahawa kononnya daerah Kulai Jaya kekurangan fasiliti kesihatan.

“Kementerian Kesihatan akan sentiasa berusaha untuk memenuhi keperluan semasa rakyat di negara ini termasuk mempertimbangkan pembinaan fasiliti kesihatan yang baharu bergantung kepada keperluan perkhidmatan tambahan yang diperlukan,” kata kenyataan itu. - Bernama



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment