Korek tanah jumpa bom
LENGGONG - Sebutir bom lama jenis military aerial ditemui sekumpulan lelaki yang sedang menjalankan kerja mengorek tanah di Kampung Banggol Belimbing, pagi tadi.
Bom dipercayai digunakan pada zaman pemerintahan Jepun itu ditemui sekitar jam 10 pagi, kira-kira 100 meter dari jalan utama Lenggong-Kuala Kangsar.
Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Ismail Che Isa berkata, ketika kejadian, pengadu bersama beberapa rakan membersihkan kawasan itu bagi tujuan tapak semaian bunga.
"Bom berkenaan tertanam dalam tanah, melihat keadaan objek ditemui seakan bom, pengadu datang ke balai polis membuat laporan," katanya.
Beliau berkata, daripada laporan itu, sepasukan anggota daripada Bahagian Persenjataan Ibu Pejabat Polid Daerah (IPD) Gerik bersama Unit Pemusnah Bom IPK Perak tiba di lokasi bagi tujuan siasatan.
Katanya, pemerikaaan mengesahkan objek terbabit merupakan bom jenis military aerial yang digunakan pada zaman Jepun.
"Bom itu berjaya diletupkan pada jam 4 petang tadi tanpa sebarang kejadian tidak diingini," katanya.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment