Kedai 'pop up' pertama SK-II
Kedai 'pop up' pertama SK-II
sumber: sinarharian
Kedai 'pop up' pertama SK-II
SK-II, jenama produk penjagaan kulit terkemuka, melancarkan kedai bergerak (pop-up) yang pertama di Malaysia dan akan membuat jelajah di sekitar lokasi utama di Lembah Klang.
Direka bentuk dengan ciri unik untuk memudahkan pelanggan mengunjunginya, ia juga menggabungkan kelebihan SK-II bagi penjagaan kulit terbaik serta pengalaman sosial yang sempurna.
Kedai bergerak tersebut juga, membolehkan pelanggan menikmati analisis kulit menggunakan Magic Ring secara percuma bagi mengetahui tahap kulit mereka dan membantu mendapatkan kulit yang lebih baik.
Pelanggan akan disajikan dengan menu-menu menarik seperti pencuci mulut, koktel dan minuman, sambil menikmati perkhidmatan yang disediakan.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment