Kanak-kanak maut dalam kereta: Ibu masih trauma
PORT DICKSON - Ibu kepada kanak-kanak yang mati selepas ditinggalkan tanpa sengaja dalam kereta masih dalam keadaan trauma.
Suaminya, Muhammad Ali Riduan berkata, isterinya masih trauma dengan apa yang berlaku kerana sebelum itu anak mereka berada dalam keadaan baik dan tiada sebarang petanda atau sebagainya.
"Tapi saya pasti, dia sudah redha dengan apa yang berlaku dan akan ambil masa sedikit untuk pulihkan semula semangatnya.
"Dia juga tak bersedia untuk bertemu media," katanya.
Beliau berkata demikian kepada media selepas menerima kunjungan daripada Ketua Penerangan MIC Kebangsaan, Datuk VS Mogan di rumahnya di Taman Hartamas sebentar tadi.{
[ARTIKEL BERKAITAN: Kanak-kanak ditemui mati dalam kereta
Muhammad Ali yang dilihat tenang dan tabah berkata, pada awalnya dia terkejut semasa dimaklumkan tentang kejadian yang menimpa anaknya semalam.
"Saya redha, nak buat macam mana dah dia (isteri) memang terlupa, saya faham keadaan dia.
"Hari ini kalau boleh tak nak bagi apa-apa kenyataan, khuatir akan mengganggu siasatan polis.
"Saya serahkan kepada polis untuk mereka membuat siasatan," katanya.
Difahamkan pagi tadi, Muhammad Ali bersama isterinya, Hasmah Masroh,32, telah memberi kerjasama dalam siasatan polis termasuk pergi ke lokasi tempat keretanya parkir semasa kejadian.
Dalam kejadian sekitar jam 1 petang semalam, Nur Awfa Humaisha',2, disahkan maut akibat strok haba selepas ditinggalkan di dalam kereta dalam keadaan enjinnya dimatikan dan pintu serta tingkap tertutup sebelum disedari ibunya empat jam kemudian.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment