Jemaah perlu elak aktiviti melibatkan unta

Saturday, March 24, 2018

Jemaah perlu elak aktiviti melibatkan unta

Jemaah perlu elak aktiviti melibatkan unta

SEGAMAT â€" Jemaah haji yang akan ke Makkah Julai ini dinasihatkan supaya mengelakkan aktiviti melibatkan unta kerana bimbang dijangkiti wabak Sindrom Pernafasan Timur Tengah (Mers-CoV).

Exco Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Ayub Rahmat berkata, ini kerana salah satu faktor pembawaan sindrom tersebut adalah disebabkan kutu-kutu yang terdapat pada unta  yang mudah merebak ke badan manusia.

“Larangan melawat ladang unta juga telah dikeluarkan kerana kes Mers-CoV di negara Asia Barat termasuk Makkah masih mencatatkan jumlah tinggi dan kerajaan negeri tidak mahu rakyat negeri ini mengambil risiko.

“Jika demam dan menunjukkan tanda-tanda jangkitan respiratori seperti batuk atau kesukaran untuk bernafas semasa di sana (Makkah), jemaah haji perlu segera dapatkan rawatan dan maklumkan kepada kakitangan Tabung Haji (TH),” katanya selepas merasmikan Kursus Asas Haji Zon Tengah Segamat di Balai Islam Kampung Jawa, semalam.

Menurutnya, pada April 2014, seorang lelaki berusia 54 tahun dari Parit Sulong, Batu Pahat yang baharu pulang mengerjakan umrah meninggal dunia akibat virus berkenaan menjadikan kes pertama kematian akibat wabak tersebut ketika itu.

Katanya, akibat daripada kes tersebut, Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) terpaksa membuat pemeriksaan terhadap 1,150 orang termasuk penduduk kampung berkenaan, saudara mara selain beberapa lagi jemaah umrah yang sama penerbangan dengannya.

“Jadi, saya minta ejen umrah atau haji elakkan melawat ladang ternakan unta kerana kita tidak mahu kes Mers-CoV berulang.

“Beberapa tahun lalu juga, kita turut lakukan simulasi dan pemeriksaan terhadap jemaah haji dan pelancong asing yang mendarat di Lapangan Terbang Senai, namun tiada sebarang jangkitan dikesan,” katanya.

Pada masa sama, beliau turut menasihatkan jemaah haji yang mengalami penyakit tidak berjangkit (NCD) menyediakan keperluan ubat-ubatan mereka dan meneruskan pengambilan ubat dengan tetap.



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment