Janganlah aniaya Zubovich!

Wednesday, March 14, 2018

Janganlah aniaya Zubovich!

Janganlah aniaya Zubovich!

"JANGAN biarkan Zubovich buat kerja seorang diri".

Itu peringatan daripada Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Melaka United, Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi menjelang aksi pusingan ketiga Piala FA di antara Melaka United dengan Kuala Lumpur di Stadium Hang Jebat Sabtu, ini.

Menurutnya, walaupun Zubovich menjadi penjaring utama skuad 'Gegau Melaka Gegau' namun beliau melihat penyerang kelahiran Belarus itu kurang mendapat sokongan daripada rakan sepasukannya.

"Saya nampak penyerang ini memang memainkan peranan seperti yang diharapkan tetapi dia selalu bekerja sendiri.Dia kurang dapat  sokongan yang cukup dari pemain midfield dan sayap kita.

"Kalau tengok dalam setiap perlawanan, dia kena bekerja keras untuk buat jaringan. Saya yakin kalau semua pemain beri sokongan yang cukup dia akan jadi aset penting kita untuk melangkah jauh dalam saingan musim ini.

"Jadi, saya harap jurulatih kita dapat melakukan sesuatu supaya dia dapat supply yang cukup daripada pemain lain," katanya.

Mengulas lanjut pertemuan tersebut, Yusoff berharap pasukannya sudah bersedia mental dan fizikal agar tidak menjadi mangsa The Hawks yang pernah mengejutkan Kedah dan Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam saingan liga sebelum ini.

Katanya lagi, memandangkan Melaka United masih kebal di bumi Hang Tuah, beliau mengharapkan rekod itu akan terus dikekalkan dalam saingan Piala FA ini.

"Bukan sahaja kita mahu mengelak kekalahan di Stadium Hang Jebat, tapi kita juga mahu melangkah ke pusingan suku akhir.

"Diharapkan dengan tiga kemenangan berturut-turut sebelum ini, ianya dapat menjadi pemangkin kepada pasukan untuk meraih keputusan yang positif," katanya.



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment