Jangan timbulkan kekacauan

Sunday, March 25, 2018

Jangan timbulkan kekacauan

Jangan timbulkan kekacauan

LANGKAWI â€" Polis akan mengambil tindakan segera untuk membanteras sebarang kegiatan yang boleh menimbulkan keadaan huru-hara di Langkawi pada PRU14 nanti memandangkan pulau peranginan ini merupakan salah satu kawasan panas.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Dr Che Ghazali Che Awang hari ini berkata, persiapan terperinci telah dibuat bagi menghadapi situasi yang tidak diingini termasuk memantau bahan-bahan yang disebarkan melalui media sosial.

“Pihak polis akan bertindak serta-merta berdasarkan undang-undang yang ada dan saya meminta semua pihak supaya jangan menggunakan media sosial untuk mengirim bahan-bahan yang boleh mencetuskan kemarahan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri majlis Perhimpunan Hari Polis ke-211 yang diadakan di Ibu Pejabat Polis Daerah Langkawi.

Menurutnya, perancangan polis untuk menghadapi pilihan raya ini cukup sistematik dan rapi dengan melibatkan anggota-anggotanya menjalani kursus tambahan di Alor Setar dan Kuala Lumpur.

Kawasan Langkawi dijangka menjadi medan persaingan sengit dalam pilihan raya ini berikutan ura-ura bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed yang kini menjadi Pengerusi Bersat5:18 25/03/2018u akan bertanding di kawasan Parlimen di sini. - Bernama



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment