Jangan 'sapu' semua Federer..
BEKAS pemain tenis dunia, James Blake menasihati Roger Federer supaya tidak terlalu obses untuk mengejar semua kejohanan Jelajah Dunia ATP tahun ini.
Blake berkata, disebabkan jadual yang begitu padat, beliau berharap Federer dapat membuat keputusan yang bijak untuk memilih kejohanan tertentu yang perlu disertai.
Oleh itu, beliau menyarankan pemain nombor satu dunia itu untuk mengulangi keputusan tahun lalu iaitu tidak menyertai Terbuka Perancis yang dijadual berlangsung Mei depan, sebaliknya hanya meletakkan fokus kepada kejohanan utama seperti Wimbledon dan Terbuka Amerika Syarikat.
"Tidak menyertai Terbuka Perancis adalah keputusan terbaik untuk Federer kerana dia perlu memikirkan soal tubuh badannya yang mana di usia 36 tahun dia akan terdedah dengan risiko kecederaan panjang.
"Adalah lebih penting untuk dia memilih kejohanan yang lebih penting seperti Wimbledon yang akan menjadi peluang terbaiknya menambah gelaran juara Grand Slam dalam kariernya," kata bekas pemain nombor empat dunia itu.
Tambah Blake, beliau terpanggil untuk memberikan nasihat selepas melihat kecederaan yang dialami pesaing terdekat Federer seperti Rafael Nadal, Andy Murray dan Novak Djokovic yang masih belum pulih hingga ke saat ini.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment