Ibu tunggal dirogol bekas kekasih

Friday, March 16, 2018

Ibu tunggal dirogol bekas kekasih

Ibu tunggal dirogol bekas kekasih

PETALING JAYA: Seorang ibu tunggal dirogol bekas kekasihnya dan dikurung kira-kira 10 jam di dalam sebuah stor di Kelana Jaya di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din, berkata kejadian dipercayai berlaku pada kira-kira jam 7 malam apabila mangsa berusia 31 tahun, ditarik suspek menaiki kereta dipandu seorang lelaki lain dan dibawa ke stor berkenaan.

Beliau berkata, mangsa yang mempunyai seorang anak itu juga dikatakan dipukul beberapa kali, selain kaki dan tangannya diikat.

"Setiba di stor terbabit, mangsa dipercayai dirogol bekas kekasihnya itu dan dikurung kira-kira 10 jam.

"Bagaimanapun, mangsa berjaya melarikan diri pada jam 6 pagi sebelum meminta bantuan orang awam," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Berikutan itu, katanya, polis menahan dua lelaki berusia 34 tahun disyaki terbabit dalam kes berkenaan.

"Siasatan awal mendapati mangsa dan bekas kekasihnya itu saling mengenali sejak 2016," katanya.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.



sumber: bharian

0 comments:

Post a Comment