Gesa kurangkan kos selenggara pangsapuri

Thursday, March 22, 2018

Gesa kurangkan kos selenggara pangsapuri

Gesa kurangkan kos selenggara pangsapuri

BANDARAYA MELAKA - Kerajaan negeri digesa mempertimbangkan untuk mengurangkan kos penyelenggaraan Pangsapuri Sutera Wangi di Batu Berendam agar tidak membebankan penghuni pangsapuri kos rendah itu.

Adun Ayer Keroh, Khoo Poay Toing berkata, cadangan mengenakan kos penyelenggaraan sebanyak RM65 sebulan adalah tinggi memandangkan rata-rata  bakal penghuni pangsapuri berkenaan adalah mereka yang berpendapatan rendah.

Menurutnya, kos penyelenggaraan itu sepatutnya dikurangkan kepada RM20 atau RM25 sebulan supaya tidak membebankan penduduk.

Pemilik Pangsapuri Sutera Wangi, Batu Berendam, akan menerima kunci mereka Ahad ini.

Katanya, kerajaan negeri juga perlu menyediakan peruntukan dalam bentuk tabung sebagai usaha memberi subsidi kepada penduduk pangsapuri kos rendah supaya kos penyelenggaraan yang dikenakan tidak keterlaluan.

"Sekiranya RM65 ini diteruskan, saya khuatir ia akan membebankan mereka (penduduk) dan akhirnya akan menyebabkan mereka gagal membayar, sekaligus memberi masalah kepada mereka.

"Jadi saya berharap apabila Ketua Menteri menyerahkan kunci kepada penghuni Ahad ini, beliau akan pertimbangkan untuk mengurangkan kos penyelenggaraan ini demi keselesaan penduduk," katanya selepas meninjau pangsapuri berkenaan hari ini.

Pangsapuri lapan tingkat yang dibangunkan Syarikat Perumahan Negara Bhd (SPNB) itu dijual pada harga RM42,000 seunit dan kunci dijangka akan diserahkan kepada pembeli Ahad ini.



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment