Geng samun dan larikan Toyota Hilux aktif

Thursday, March 22, 2018

Geng samun dan larikan Toyota Hilux aktif

Geng samun dan larikan Toyota Hilux aktif

KUALA LUMPUR - Polis giat memburu empat lelaki yang dipercayai aktif melakukan kegiatan samun di persekitaran kawasan Sungai Long dan Bandar Mahkota Cheras.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner, Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata, pihaknya ada menerima beberapa laporan tentang kejadian samun dan cubaan samun sekumpulan penjenayah.

Menurutnya, kumpulan berkenaan juga didakwa bertindak melarikan dan cubaan melarikan kereta jenis Toyota Hilux di dua kawasan berkenaan.

“Sejak penghujung bulan Februari hingga Rabu lalu, sebanyak satu kes samun direkodkan membabitkan kes melarikan Toyota Hilux. Manakala empat lagi kes cubaan samun melarikan kenderaan jenis sama turut direkodkan.

Beliau berkata, modus operandi kumpulan berkenaan adalah akan bertindak menyerang mangsa yang memandu kereta jenis Toyota Hilux yang berhenti di kawasan pam minyak dan di kawasan tepi jalan.

“Senjata yang digunakan oleh kumpulan penjenayah ini adalah parang dan pisau.

"Kita juga kini sedang giat memburu suspek yang terlibat. Maklumat telah diperolehi bagi tindakan mengesan serta menangkap suspek bagi tujuan siasatan,” katanya.

Ahmad Dzaffir berkata, pihak polis telah membuka lima kertas siasatan.

Menurutnya,   satu kertas siasatan diklasifikasikan mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan iaitu melibatkan kesalahan samun berkumpulan.

"Empat kertas siasatan lagi diklasifikasikan mengikut Seksyen 393 Kanun Keseksaan atas kesalahan cubaan melakukan samun," katanya.

Ujarnya, orang ramai yang mempunyai maklumat lanjut berhubung kes tersebut boleh menghubungi Pegawai Risikan Operasi Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kajang, Asisten Superintenden, Mohd Irwan ditalian 0173168097.



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment