Geng basikal lajak dicekup
NILAI - Seramai 55 kanak-kanak dan 50 basikal lajak âdiangkutâ ke Balai Polis Lenggeng di sini, pada Selasa lalu, kerana tidak menepati ciri keselamatan.
Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Zaldino Zaludin berkata, pihaknya terserempak dengan kumpulan itu ketika membuat rondaan di kawasan Hutan Lipur Lenggeng di sini.
Menurut beliau, kesemua kanak-kanak yang berusia lingkungan 10 hingga 15 tahun itu dari sekitar kawasan Mantin, Lenggeng dan Pantai.
âMereka mengaku basikal tersebut kepunyaan masing-masing. Tujuan mereka ke situ untuk beriadah sempena cuti sekolah.
âJadi, Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti IPD (Ibu Pejabat Polis Daerah) Nilai dan Balai Polis Lenggeng hadir untuk beri bantuan.
âAntara ciri keselamatan tidak dipatuhi seperti tiada brek kerana boleh mendatangkan bahaya semasa turun bukit. Selain itu, tiada lampu,â katanya.
Kata Zaldino, ibu bapa dan penjaga kesemua kanak-kanak terbabit telah dipanggil untuk diberikan khidmat nasihat.
âBagaimanapun, kita tidak saman mereka. Sebaliknya kita beri tempoh dua minggu kepada mereka untuk ubah suai basikal itu kepada keadaan asal.
âSekiranya gagal berbuat demikian, kita akan sita basikal berkenaan. Ini berdasarkan Seksyen 112(3) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
âPerlu difahami, undang-undang diguna pakai untuk basikal lajak adalah tindakan saman di bawah Peraturan 42(1)(a) LN 166/59 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas 1959,â katanya.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment