Ganjaran 20 sen bakal ubah gaya hidup rakyat Selangor

Wednesday, March 21, 2018

Ganjaran 20 sen bakal ubah gaya hidup rakyat Selangor

Ganjaran 20 sen bakal ubah gaya hidup rakyat Selangor

KUALA LUMPUR - Pengerusi BN Selangor, Tan Sri Noh Omar membidas kenyataan Ahli Parlimen Kapar, G. Manivannan yang mendakwa BN sengaja mempolitikkan isu beg plastik.

Menurutnya, kenyataan tersebut juga dilihat sebagai cubaan untuk memutar belitkan isu tersebut sehingga rakyat menjadi keliru.

“Selaku menteri Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kesejahteraan Bandar, menjadi tanggungjawab kita untuk memastikan penggunaan beg plastik ini dikurangkan. Bagaimanapun, kementerian tidak ada kuasa untuk menentukan kaedah terbaik bagi semua negeri.

“Bagaimana pun kenyataan saya sebelum ini diutarakan menggunakan kapasiti sebagai Pengerusi BN Selangor di mana jika BN menang di negeri itu, kita akan teruskan kaedah untuk mengurangkan plastik tapi dengan cara berbeza.

"Kita akan beri ganjaran 20 sen kepada orang ramai yang membawa beg plastik mereka sendiri,” katanya pada sidang media di Parlimen, hari ini.

Sebelum ini, Manivannan membuat kenyataan janji BN Selangor untuk memberi beg plastik percuma dan memberi ganjaran 20 sen didakwa bermotif politik dan tidak matang.

Katanya, tindakan tersebut juga dilihat sebagai kepentingan bagi BN memenangi semula pentadbiran Selangor.

Mengulas lanjut, Noh berkata, cadangan untuk memberikan ganjaran tersebut dilihat sebagai tindakan  yang lebih adil kepada pengguna malah diyakini akan lebih menjayakan kempen mengurangkan penggunaan beg plastik di Selangor.

“Kerajaan Selangor hari ini hanya tahu menghukum dengan mendenda 20 sen. Dalam tempoh empat bulan, pendapatan daripada penjualan beg plastik adalah lebih kurang RM1.8 juta.

“Jadi berapa juta beg plastik telah dijual dan adakah kempen ini berjaya. Bagi saya ia tak berjaya tapi yang berjaya adalah mereka yang menjual beg plastik,” katanya.

Noh berkata, polisi baharu ini akan lebih menguntungkan rakyat di Selangor.

“Sekarang mereka hanya kutip 20 sen, kemudian duit ini dia buat apa? Untuk aktiviti kebajikan apa? Apa kena mengena, patutnya duit ini buat aktiviti kempen supaya kurangkan plastik.

“Jadi apa yang saya cakap, kalau BN menang di Selangor, kita akan adil. Pengguna yang tak bawa bayar 20 sen tapi yang bawa beg sendiri, mereka ini juga perlu diberi ganjaran,” jelasnya.

Beliau berkata, sekiranya amalan ini dipraktiskan ia akan menjadi gaya hidup rakyat.

“Duit itu kita beri semula kepada rakyat. Jadi bayangkan, akhirnya kalau semua rakyat ini memikirkan kalau bawa beg plastik dapat 20 sen.

“Nanti saya yakin mereka akan membawa beg plastik sendiri untuk dapat 20 sen dan lama-lama akan jadi satu cara hidup bawa beg sendiri,” ujar Noh.en bakal ubah gaya hidup rakyat Selangor.

#prusinar
#aparakyatmahu



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment