Fitnah Adun Jabi: Pemuda Umno buat laporan polis

Wednesday, March 14, 2018

Fitnah Adun Jabi: Pemuda Umno buat laporan polis

Fitnah Adun Jabi: Pemuda Umno buat laporan polis

JABI - Pemuda Umno Dun Jabi membuat 10 laporan polis terhadap satu pemilik akaun Facebook kerana mendakwa memfitnah Adun Jabi, Mohd Iskandar Jaafar.

Pengerusi Penyelaras Pemuda Dun Jabi, Mohd Hazali Mat berkata, pemuda Umno Dun Jabi membuat laporan supaya pihak berkuasa dapat menjalankan siasatan dan mengambil tindakan sewajarnya.

Menurutnya, perbuatan pemilik akaun Facebook yang dikatakan dari Kampung Tok Dor, Jabi itu bersifat menghasut masyarakat supaya membenci Mohd Iskandar dan Umno selain memberi gambaran salah mengenai kejadian sebenar.

“Pemilik Facebook yang dipercayai penyokong pembangkang itu menuduh Umno (dipercayai ditujukan kepada Mohd Iskandar) mengugut menukar guru jika tidak sokong (BN).

“Dalam ruangan komen menerusi media sosial itu juga, lelaki berkenaan telah memfitnah Mohd Iskandar kononnya menyalahgunakan peruntukan pembangunan Dun Jabi untuk membeli telefon bimbit atau tablet Lenovo yang diagihkan kepada guru-guru sekolah Dun Jabi  dalam majlis yang diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jabi petang kelmarin,” katanya.

Mohd Hazali dan jawatankuasa Pemuda Umno Jabi membuat laporan polis di Balai Polis Jertih, kelmarin.

Katanya, hakikatnya Mohd Iskandar tidak pernah mengeluarkan kenyataan mengugut kepada guru sebagaimana yang didakwa.

“Manakala pemberian Tablet Lenovo itu adalah sumbangan Kementerian Pelajaran Malaysia  kepada guru-guru sekolah di seluruh Malaysia  termasuk di Dun Jabi.

“Mohd Iskandar hanya dijemput untuk menyerahkan kepada guru-guru memandangkan beliau seorang Adun BN,” katanya.

Menurutnya, Pemuda Umno Jabi meminta polis siasat  individu tersebut yang mengeluarkan kenyataan berunsur jahat dan fitnah itu.

Mohd Iskandar berkata, Kkementerian mula memberi sumbangan Tablet Lenova kepada guru seluruh Malaysia dan ada beberapa daerah di negeri ini belum menerima termasuk Besut.



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment