Enggan mempedulikan isu sindiran yang dilakukan Neelofa baru-baru ini, Fazura tidak terkesan andai sindiran itu berbentuk provokasi untuk mengusik emosinya. Tambah Fazura, biarlah orang lain bercakap mengenainya tapi tidak dirinya.

BACA: Peminat Bengang Neelofa Mula Sindir Fazura?


“Saya tidak mahu bercakap pasal orang dan kalau orang nak cakap pasal saya, terpulanglah. Kalau betul sekali pun ada pihak berniat berbuat demikian seperti didakwa, perkara itu tidak langsung memberi kesan terhadap diri saya”


Tampil dengan produk bulu mata, Be Faz, ada yang turut menyamakan nama itu dengan produk Neelofa, Be Lofa. Tidak melatah, Fazura tidak kisah untuk berkongsi jenama dan produk itu sudah diperkenalkan sejak 2017 lagi.

“Kalau ada orang lain nak gunakan jenama itu pun tak mengapa. Saya okay saja jika nak berkongsi nama dan idea. Saya sedar dengan timbulnya perkara itu, saya juga boleh menjadi sumber inspirasi buat orang lain,” katanya.



Terdahulu, video yang dimuat naik Neelofa, dikatakan menyindir Fazura kerana dialog yang sama telah dikecam hebat. Dengan wajah yang agak sinis, Neelofa bersama beberapa rakan sama-sama ketawa dengan sindiran itu.

Peminat yang berkongsikan video berkenaan mula mengkritik tindakan Neelofa yang seolah sengaja mencetuskan ‘pergaduhan’. Rata-rata ramai tidak bersetuju dengan sikap Neelofa yang dikatakan tidak matang dan kurang ajar. (rtky/w)