Menurut suami penghibur itu, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa, nama anak Nabi Muhammad itu menjadi pilihan beliau dan Siti Nurhaliza sementara menunggu masa terbaik untuk mengumumkan nama sebenar permata hati mereka.
âUntuk tempoh seminggu ini sebelum nama sebenar diumumkan, kami sepakat memilih nama Fatimah Az-Zahra untuk bayi yang baru lahir ini.
âInsya-Allah kami akan umumkan seminggu dari sekarang. Sebetulnya pilihan nama sudah ada dan akan diumumkan pada satu majlis yang akan kami anjurkan kemudian,â kata Khalid kepada UTUSAN ONLINE.
Usahawan ternama itu mengumumkan perkara itu di pusat perubatan di mana Siti Nurhaliza melahirkan bayi sulung mereka.
Penghibur nombor satu negara itu selamat melahirkan bayi perempuan pada pukul 8.17 pagi tadi.
Bayi seberat 3.55 kilogram itu menamatkan penantian Siti Nurhaliza dan Khalid selepas 11 tahun bernikah.
Dalam pertemuan dengan UTUSAN ONLINE, Khalid yang tidak putus-putus melemparkan senyuman mengakui sangat sebak sebaik melihat bayinya.
Emosinya bertambah tersentuh apabila melihat isterinya yang begitu tabah dan kuat melalui proses kelahiran menerusi pembedahan.
âTerima kasih pada semua ahli keluarga dan peminat yang mendoakan kesejahteraan Siti dan bayi kami.
âAlhamdulillah Siti dan bayi sihat. Buat masa sekarang biarlah Siti berehat dahulu,â ujar Khalid lagi. â" UTUSAN ONLINE
sumber: utusan
0 comments:
Post a Comment