Beku peruntukan: Pas guna saluran betul

Sunday, March 18, 2018

Beku peruntukan: Pas guna saluran betul

Beku peruntukan: Pas guna saluran betul

CYBERJAYA - Pas memaklumkan pihaknya menggunakan saluran betul mengemukakan surat berhubung pembekuan peruntukan tahunan negeri wakil rakyatnya kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, dalam konsep demokrasi, kerajaan, wakil rakyat dan Exco negeri dipilih oleh rakyat, manakala sultan adalah sebahagian daripadanya.

“Maka, kita boleh menghubungkan perkara tertentu dengan sultan dan ia tidak menjadi kesalahan mengikut amalan demokrasi,” katanya dalam sidang media selepas Majlis Syarahan Perdana Pengerusi Gagasan Sejahtera dan Majlis Pelancaran Manifesto Malaysia Sejahtera Peringkat Pertama, malam tadi.

Kelmarin, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menyatakan isu pembekuan peruntukan negeri kepada wakil rakyat Pas adalah soal pentadbiran dan parti itu tidak sepatutnya mengheret pihak Istana dalam masalah berkenaan.

Mohamed Azmin berkata demikian selepas Pesuruhjaya pas Selangor, Sallehen Mukhyi mengemukakan surat berhubung pembekuan peruntukan tahunan negeri terhadap wakil rakyatnya kepada Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Mengulas perkara tersebut, Abdul Hadi sekali berkata, tindakan tersebut tidak bertentangan dan satu kesalahan dalam sistem demokrasi negara.



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment