Bayi dihempap epal kritikal

Wednesday, March 14, 2018

Bayi dihempap epal kritikal

Bayi dihempap epal kritikal

BEIJING - CHINA. Bayi berusia tiga bulan yang dihempap sebiji epal di China minggu lalu, dilaporkan berada dalam keadaan kritikal.

Dalam insiden Jumaat lalu, sebiji epal yang dibuang dari tingkat atas sebuah apartmen di Dongguan jatuh tepat mengenai kepala bayi malang tersebut.

Akibat perbuatan itu, bayi diberi nama Fanfan itu mengalami pendarahan otak, selain tempurung kepalanya retak.

Media China melaporkan, doktor sedang berusaha menyelamatkan nyawa bayi tersebut.

Selepas menjalani pembedahan selama enam jam, Fanfan belum menunjukkan reaksi positif dan masih dalam keadaan koma.

Susulan itu, polis daerah Tangxia melancarkan siasatan bagi mengenalpasti si pelaku. - Dailymail



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment