Batal kontrak dengan China rugikan peneroka - PM

Saturday, March 24, 2018

Batal kontrak dengan China rugikan peneroka - PM

Batal kontrak dengan China rugikan peneroka - PM

KUANTAN: Tindakan parti pembangkang mahu membatalkan perjanjian kontrak dengan kerajaan China jika menang pilihan raya umum akan datang akan merugikan peneroka dan pekebun kecil.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata ini kerana China adalah antara pembeli minyak kelapa sawit terbesar negara bersama India dan Kesatuan Eropah (EU).

"Mereka (pembangkang) hanya memikirkan undi pada pilihan raya tetapi tidak membela nasib rakyat di luar bandar. Sebagai contoh di Selangor, pemimpin mereka dapat undi tetapi rakyat dapat baldi.

"Berbanding dengan kerajaan Barisan Nasional (BN), kita amalkan hubungan berbaik-baik dengan kuasa ekonomi besar seperti China dan India supaya mereka beli minyak kelapa sawit yang diusahakan peneroka dan pekebun kecil.

"Cuba bayangkan jika minyak sawit tidak dapat dijual dan apa nasib peneroka FELDA... ekonomi merudum dan segala yang dirancang akan lebur," katanya.

Perdana Menteri berkata demikian pada majlis Ramah Mesra di Parlimen Paya Besar di Padang Awam FELDA Lepar Hilir 1, di sini, hari ini.


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak (tengah) bersama Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob (enam kanan) ,Timbalan Pengerusi Barisan Nasional Pahang, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsuddin (lima kanan) dan Ketua Umno Bahagian Kuantan, Datuk Seri Wan Adnan Wan Mamat (tujuh kanan) bergambar bersama pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat dan Pelancaran Jentera PRU Parlimen Kuantan di Padang Kemunting. - Foto Farizul Hafiz Awang

Najib turut mengumumkan 'buah tangan' istimewa kepada penduduk Parlimen Paya Besar, termasuk

insentif skim khas tanam semula FELDA kepada 157 peneroka membabitkan peruntukan sebanyak RM631,821 dan pembayaran insentif sifar hutang kepada 567 peneroka yang berjumlah RM2.85 juta.

Selain itu, bayaran insentif RM1.81 juta kepada 362 peneroka yang kembali bermuafakat dengan pengurusan FELDA.

"Selain itu, FELDA juga dalam penelitian akhir untuk mengagihkan lot tanah kepada generasi kedua dan ketiga di FELDA Lepar bagi membolehkan mereka mendirikan rumah di tanah milik ibu bapa mereka.

"Saya juga meluluskan peruntukan RM4 juta untuk pembinaan masjid FELDA Lepar Hilir, pemasangan lampu jalan di laluan masuk FELDA Bukit Sagu (RM2 juta) dan pembesaran laluan masuk ke FELDA Hilir Lepar 1 melalui Pulau Manis, yang dianggap jalan maut (RM4 juta) serta pemasangan lampu jalan ke FELDA Panching," katanya.



sumber: bharian

0 comments:

Post a Comment