Baik buruk manifesto Harapan
APAKAH kebaikan dan keburukan Manifesto Pakatan Harapan (PH)? Adakah keburukannya mengatasi kebaikan? Berikut analisis baik buruk Manifesto PH kepada kuasa dan geopolitik negara kita.
1. Di bawah âJanji 12: Mengehadkan tempoh perkhidmatan perdana menteri dan menstruktur semula Jabatan Perdana Menteriâ, tempoh jawatan perdana menteri dihadkan kepada dua penggal dan tidak dibenarkan memegang jawatan menteri lain, terutamanya menteri kewangan.
Secara positifnya ia mampu menggilap bakat-bakat baharu dalam mengambil alih teraju kepimpinan dan menghalang pemusatan kuasa di tangan seseorang individu.
2. Walau bagaimanapun, dalam konteks Malaysia sebagai negara kecil yang sentiasa terdedah kepada pelbagai risiko luaran, struktur sebegini berkemungkinan menggugat visi seseorang perdana menteri dalam jangka masa panjang.
Menurut sarjana Fukuyama dalam dua jilid karya beliau, The Origins of Political Order dan Political Order and Political Decay, kerajaan yang kuat adalah prasyarat pertama dalam mewujudkan Order Politik yang berdaya maju.
3. Meskipun demikian, Fukuyama turut mengajukan bahawa sesebuah kerajaan mestilah berakauntabiliti dan akur pada kedaulatan undang-undang.
Dalam konteks ini, Janji 12 Manifesto PH diimbangi oleh Janji 16 "Mengembalikan wibawa institusi Parlimen" dengan âmemperkenalkan semula Akta Perkhidmatan Parlimen 1963, dengan penambahbaikan dalam perkara-perkara tertentu agar akta tersebut sesuai dengan cabaran zaman modenâ.
4. Risiko persaingan antara kementerian juga berkemungkinan tercetus susulan penstrukturan semula JPM.
PH berjanji bahawa âtanggungjawab lain [JPM] akan diturunkan kepada kementerian-kementerian yang bersesuaianâ di samping âmengurangkan bilangan agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri dengan cara memindahkan seberapa banyak agensi yang mungkin ke kementerian yang berkaitanâ. Positifnya, autonomi sesebuah kementerian akan meningkat.
5. Janji 18: Mewujudkan mekanisme pembiayaan politik yang berintegriti turut mempunyai pro dan kontranya.
Secara positifnya, Akta Kawalan Pembiayaan Politik ini menjamin ketelusan dan kebebasan pendanaan politik, sekali gus menepis kecurigaan âancaman dana asingâ dan âsabotaj pihak luarâ.
Walau bagaimanapun, mekanisme pembiayaan politik daripada kerajaan kepada parti politik perlu diperhalusi agar pelbagai perpecahan antara parti politik dapat dielakkan.
6. Dalam âJanji 20: Menjadikan Angkatan Tentera Malaysia dan pasukan Polis Diraja Malaysia sebagai sebuah pasukan yang dihormati dan diseganiâ PH berjanji memberikan âsokongan kewangan dan prasarana yang selayaknyaâ di samping âmenjalankan perbincangan dan kajian terperinci dengan kedua-dua pasukan untuk mengenal pasti keperluan peralatan, persenjataan dan latihan termoden yang diperlukanâ.
Langkah ini memberikan autonomi kepada angkatan bersenjata dari segi agihan peruntukan dan pemerolehan aset â" khususnya dalam kes pembelian pesawat tempur pelbagai fungsi (MRCA) TUDM yang telah tertangguh lebih 10 tahun.
7. Walau bagaimanapun, Janji 27 PH memansuhkan Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) 2016 bakal menjejaskan kesepaduan Majlis Keselamatan Negara pada masa krisis. Struktur sebegini juga tidak efektif bagi menyokong Janji 58 PH, âMempertahankan sempadan negara daripada pencerobohan, penyeludupan dan pemerdagangan manusiaâ.
8. Janji 59 dan 60 pula menunjukkan PH masih berpegang pada Liberal-Institutionalism antarabangsa.
Jika dalam hal ehwal politik mereka meyakini Asean, OIC, dan PBB (Hlm 152-154), dalam hal-ehwal ekonomi pula mereka berminat dengan OECD, Bank Dunia, Open Government Partnership, dan sebagainya (Hlm 153).
9. PH perlu memikirkan alternatif yang lebih ârealisâ dan berani seperti pakatan dengan D-8 negara Islam dan juga blok BRICS.
Potensi Malaysia sebagai penghubung antara Inisiatif âBelt and Roadâ (OBOR/BRI) dan Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO) oleh China dengan Kesatuan Ekonomi Eurasia (EAEU) dan Pertubuhan Perjanjian Keselamatan Kolektif (CSTO) oleh Rusia seharusnya diterokai bagi mengimbangi Nato Amerika dan Kesatuan Eropah (EU) di peringkat global dalam jangka masa panjang.
10. Ringkasnya, Manifesto PH memiliki kelebihan dari segi pendemokrasian dan desentralisasi kuasa, namun ia agak terikat dengan aliran paradigma Demokrasi Liberal dalam politik domestik dan Liberal-Institutionalism dalam arena politik antarabangsa.
Penstrukturan semula JPM, pengurangan kuasa Majlis Keselamatan Negara (MKN), pemerkasaan kementerian-kementerian, pengukuhan Parlimen, dan pembiayaan parti politik sememangnya boleh melonjakkan indeks demokrasi negara, tetapi kurang efektif dalam membangunkan visi strategik negara kecil seperti Malaysia.
* Penulis ialah Pensyarah Program Sains Politik UKM
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment