Anggota bomba perlu jaga stamina

Saturday, March 24, 2018

Anggota bomba perlu jaga stamina

Anggota bomba perlu jaga stamina

KOTA BHARU: Pegawai dan anggota bomba diminta meningkatkan kecergasan fizikal bagi menjaga kualiti perkhidmatan kepada masyarakat.

Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Datuk Seri Wan Mohd Nor Ibrahim, berkata semua 13,342 pegawai dan anggota di seluruh negara perlu menjaga stamina masing-masing.

Katanya, anggota perlu cergas kerana mereka menggunakan pelbagai peralatan untuk menyelamatkan nyawa manusia dan memadamkan kebakaran.

"Bagi mengekalkan stamina anggota, kita menjalankan ujian kecergasan kepada semua pegawai dan anggota.


Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki merasmikan rumah milik Norhafiza Baharom, 26, diperhatikan Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Datuk Seri Wan Mohd Nor Ibrahim (kiri) dan Ketua UMNO Bahagian Pasir Puteh, Datuk Zawawi Othman (dua kiri) di Majlis Penyerahan Kunci Rumah Projek Pembinaan Semula Rumah Terbakar Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) di Kampung Dalam Pupoh, Saring. - Foto Syamsi Suhaimi


Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki (dua, kiri) menyampaikan replika kunci rumah kepada Norhafiza Baharom, 26, pada Majlis Penyerahan Kunci Rumah Program Membina semula Rumah Terbakar Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) Ketujuh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Kelantan di Kampung Dalam Pupoh, Saring hari ini. Turut sama Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Datuk Seri Wan Mohd Nor Ibrahim (kiri). - Foto BERNAMA

"Sebanyak 50 peratus daripada mereka lulus dalam ujian (kecergasan) itu dan 50 peratus lagi perlu meningkatkan kecergasan mereka," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media sempena Majlis Ramah Mesra di Ibu Pejabat Balai Bomba Kelantan di Tunjong, di sini, hari ini.

Beliau berkata, pihaknya menyasarkan lebih 70 peratus pegawai dan anggota bomba dapat meningkatkan kecergasan mereka.

Katanya, ia bagi mengelakkan anggota menghidap pelbagai penyakit, termasuk darah tinggi, kencing manis dan buah pinggang.


Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki meninjau rumah yang diserahkan kepada Norhafiza Baharom, 26, turut bersama Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Datuk Seri Wan Mohd Nor Ibrahim di Majlis Penyerahan Kunci Rumah Projek Pembinaan Semula Rumah Terbakar Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) di Kampung Dalam Pupoh, Saring. - Foto Syamsi Suhaimi

Sementara itu, beliau berkata, pemberian elaun khas sebanyak RM200 kepada anggota JBPM bermula 1 April ini mampu meningkatkan lagi perkhidmatan jabatan itu kepada masyarakat.

"Pemberian elaun itu sebagai tanda penghargaan kerajaan kepada bomba yang berdepan pelbagai risiko ketika bertugas," katanya.



sumber: bharian

0 comments:

Post a Comment