7 penyelam dari China sedia bantu SAR
MUAR - Kerajaan China menerusi Kementerian Pengangkutan telah menghantar tujuh penyelam bagi membantu operasi mencari dan menyelamat (SAR) di perairan Parit Jawa, ketika ini.
Kaunselor Kedutaan China di Malaysia, Liu Dong Yuan berkata, pasukan itu telah berlepas dan tiba di ibu negara sebentar tadi sebelum bertolak ke Muar.
âKesemua tujuh penyelam profesional dari Guang Zhou itu kini sedang dalam perjalanan menuju ke Muar bagi sama-sama membantu operasi SAR.
âKita berharap operasi ini berjalan lancar. Pada masa sama, kerajaan China akan terus memantau perkembangan mengenai tragedi ini dari masa ke semasa,â katanya ketika ditemui.
Menurut beliau, pihaknya turut merakamkan penghargaan kepada kerajaan Malaysia dan memuji tindakan pihak berkaitan yang menjalankan operasi dengan lancar.
Terdahulu, beliau mewakili kerajaan China turut menyampaikan ucapan takziah kepada waris mangsa yang ditemui lemas semalam selepas kapal korek pasir dinaiki 18 kru itu terbalik.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment