Ultras Kedah sokong rombakan dilakukan KFA
KELOMPOK penyokong tegar Kedah, Ultras Kedah percaya persembahan Lang Merah yang tidak mencapai tahap diharapkan selain tersingkir awal pada saingan Piala FA 2018 menjadi punca Ketua Jurulatih, Ramon Marcote direhatkan.
Jurucakapnya, Mohammad Adhan Mat Aji berkata, pihaknya juga kurang setuju dengan keputusan Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) merombak pasukan jurulatih utama namun tetap menghormati pendirian badan induk bola sepak Kedah itu berdasarkan prestasi semasa.
Menurutnya, KFA mempunyai pengalaman merombak jurulatihnya selepas prestasi tidak memberangsangkan dan akhirnya pasukan memperoleh keputusan positif pada penghujung musim.
âKedah pernah mengalaminya pada 2004 apabila jurulatih import Brazil, Miradinha tidak menunjukkan prestasi yang memberangsangkan lalu ditukar dengan jurulatih tempatan, Mohd Azraai Khor Abdullah. Kedah layak ke perlawanan akhir Piala Malaysia bertemu Perlis namun tewas dengan bola balingan Adrian Jurad Chamrong.
âSekali lagi berlaku pada 2015, jurulatih dari Australia, David Mitchell dibawa untuk melatih Kedah namun belum sampai pun pertengahan liga terpaksa ditukar, juga disebabkan tidak menunjukkan prestasi yang baik lalu digantikan dengan jurulatih tempatan, Tan Cheng Hoe dan pada tahun berikutnya, Kedah layak kembali bersaing ke saingan Liga Super,â katanya dalam satu kenyataan.
Mohammad Adhan berkata, KFA juga membuat keputusan tepat apabila memberikan tugas pemilihan kepada jurulatih namun kualiti ditunjukkan pemain import dibawa masuk pada musim ini mengecewakan.
Jelasnya, kelemahan pemilihan pemain import bukan perkara baharu sebaliknya berlaku setiap tahun sejak kebelakangan ini.
âSepatutnya selepas pemilihan pemain import dilakukan jurulatih, KFA wajib mengambil pendekatan menilai semula setiap pemain import yang dipilih jurulatih sebelum menandatangani kontrak,â katanya.
Berhubung penglibatan penaja pula, beliau melihat Kedah sejak dahulu lagi tidak ketandusan penaja walaupun prestasi dan persembahan saban tahun dilihat turun naik.
Menurutnya, pihak penaja boleh memberikan pandangan namun tidak sewajarnya menarik penglibatan penyokong untuk menjadi pembuat keputusan, elemen âlebih sudu dari kuahâ wajar diketepikan.
âKami penyokong Kedah sayang pasukan. Kami tidak mahu pasukan bola sepak kesayangan kami ini dicampuri dengan anasir yang tidak sihat.
âKami berharap pihak pengurusan KFA menangani pasukan dengan cara yang terbaik demi untuk melihat Kedah kekal sebagai pasukan elit bola sepak di Malaysia untuk tempoh masa yang panjang,â katanya.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment