Tingkat pengetahuan tentang pelaburan
SEIRING dengan matlamat Permodalan Nasional Berhad (PNB) untuk meningkatkan pengetahuan masyarakat tentang pelaburan dan perancangan kewangan, PNB akan menganjurkan Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) 2018 di Stadium Batu Pahat, Johor pada 19 hingga 25 April ini.
Pada Majlis Pra Pelancaran MSAM 2018 baru-baru ini, PNB turut memperkenalkan syarikat-syarikat pelaburan PNB yang juga rakan korporat MSAM 2018.
Pengerusi Kumpulan PNB, Tan Sri Abdul Wahid Omar berkata, program selama seminggu ini adalah acara tahunan PNB yang diadakan sejak 2000 dan telah berjaya menarik minat lebih 3.6 juta pengunjung.
Katanya, pameran pelaburan bersepadu ini turut memperoleh pengiktirafan âThe Longest Running Unit Trust Exhibition (2000-2014)â daripada The Malaysia Book of Records, dan âAsia Responsible Entrepreneurship Awards 2015 (Social Empowerment Category)â daripada Enterprise Asia.
"Pameran yang diadakan ini turut beri peluang kepada pengunjung memahami tentang pelaburan unit amanah lebih jelas, terutamanya hubung kait risiko dengan pulangan.
"Mereka juga dapat melihat sendiri bagaimana pulangan diperoleh menerusi pelaburan dalam syarikat-syarikat PNB diagihkan semula kepada para pemegang unit dalam bentuk agihan pendapatan," katanya.
Padat dengan program-program menarik, MSAM menyediakan pelbagai aktiviti untuk segenap lapisan umur antaranya khusus untuk generasi muda seperti Kem Perancangan Kewangan Kanak-Kanak ASNB, Investment Game Sekolah Kelab Pelaburan Bijak PNB Mega, Cendekiawan Muda Takaful Ikhlas, CCM Duopharma Interschool Showdown dan Simposium Usahawan MSAM 2018.
Berbeza dari tahun-tahun terdahulu, pameran MSAM 2018 dipersembahkan dengan elemen-elemen digital seperti penggunaan aplikasi mudah alih MSAM 2018 (mobile event apps) sepadan dengan temanya âDigitalising Customer Experienceâ.
Melalui aplikasi ini, antara lain pengunjung boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai setiap program atau acara sepanjang MSAM 2018 berlangsung dan mendaftar untuk menyertai mana-mana acara.
Abdul Wahid berkata, pameran MSAM 2018 turut menawarkan pelbagai hadiah menarik antaranya sebuah rumah teres unit tengah di Bandar Universiti Pagoh, dibangunkan Sime Darby Property. Pengunjung bertuah sempena majlis perasmian boleh memenangi sebuah kereta Hyundai Ioniq Kappa 1.6 HEV Plus. Manakala sebuah Toyota Vios 1.5 GX (AT) menanti pengunjung bertuah sempena Majlis Penutup. Di samping itu, pelbagai hadiah turut ditawarkan untuk pengunjung pameran sepanjang MSAM 2018 berlangsung.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment