Tingkat kesedaran pendidikan anak autisme - Najib

Monday, April 2, 2018

Tingkat kesedaran pendidikan anak autisme - Najib

Tingkat kesedaran pendidikan anak autisme - Najib

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri menyeru rakyat di negara ini meningkatkan kesedaran berhubung kepentingan pendidikan awal kanak-kanak autisme.

Datuk Seri Najib Razak membuat saranan itu menerusi akaun Twitter miliknya, sempena Hari Kesedaran Autisme Sedunia, yang disambut hari ini.

"Setiap anak adalah permata negara. Sempena Hari Kesedaran Autisme Sedunia hari ini, saya mengajak semua untuk kita tingkatkan kesedaran kepada pendidikan awal buat kanak-kanak autisme.

"Insya-Allah, kelak mereka akan jadi penyumbang pembangunan negara," katanya dalam catatan itu.

Catatan itu turut disertakan dengan klip video mengenai Pusat PERMATA Kurnia iaitu satu pusat penjagaan autistik profesional dan berkualiti yang dibangunkan atas inisiatif isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor, pada Disember 2015.

Program PERMATA bertujuan memberi kanak-kanak permulaan kehidupan yang baik melalui pendidikan dan penjagaan awal kanak-kanak berkualiti.

Ia juga mengenal pasti dan mendidik kepelbagaian bakat mereka ke arah potensi yang optimum.



sumber: bharian

0 comments:

Post a Comment