FAM terima perletakan jawatan TMJ

Sunday, April 1, 2018

FAM terima perletakan jawatan TMJ

FAM terima perletakan jawatan TMJ

PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) menerima perletakan jawatan Presiden FAM, Tuanku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Keputusan sebulat suara tersebut dicapai pada Mesyuarat Khas Pertama Jawatankuasa Eksekutif FAM bagi penggal 2017-2021 yang diadakan di Wisma FAM, sebentar tadi.

Mesyuarat juga turut mencapai kata sepakat Timbalan Presiden FAM, Datuk Mohd Yusoff Mahadi memangku jawatan Presiden FAM sehingga Kongres FAM yang ke 54 yang bakal diadakan pada 14 Julai 2018 sebagaimana disyorkan TMJ.

Pada masa sama, Exco FAM turut menyokong penuh dan bersetuju Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin dilantik sebagai Presiden FAM yang baru pada Kongres FAM ke 54 yang bakal diadakan pada 14 Julai 2018.

#sukansinar



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment