'Saya masih seorang guru'

Monday, April 2, 2018

'Saya masih seorang guru'

'Saya masih seorang guru'

BIARPUN sudah bersara dari perkhidmatan perguruan sejak empat tahun lalu, Radzuan Kamaruddin, 64, tidak pernah berhenti menjadi guru.

Radzuan anak jati Kampung Sawah Lebar, Kuala Pilih, berkata, kerjaya berkenaan bukanlah kerjaya yang dicita-citakannya, namun minat terhadap bidang perguruan mula berkembang semasa mengikuti kursus perguruan di Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI) pada 1976.

Menurutnya, terpilih melanjutkan pengajian dalam Kelas Ranjer di MPSI yang kini dikenali sebagai Universiti Pendidikan Sultan Idris (Upsi) iaitu 30 calon guru lelaki yang akan bertugas di Sabah dan Sarawak merupakan detik dia membina jati diri sebagai seorang pendidik.

“Dalam kelas ini, 15 calon guru akan bertugas di Sarawak dan 15 lagi di Sabah.

"Jadi, sebaik tamat pengajian, saya ditugaskan mengajar di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Datuk Panglima Abdullah di Semporna, Sabah pada 1978.

“Masa tu, perjalanan dari Tawau ke Semporna sejauh 217km, sangat mencabar melalui jalan balak sehinggakan saya beberapa kali terpaksa menolak teksi jenis pacuan empat roda yang

terbenam di dalam lumpur,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di Pusat Aktiviti Warga Emas (Pawe) Tampin di sini, Jumaat lalu.

Radzuan yang juga Pengerusi Pawe Tampin berkata, kesukaran itu tidak sedikit pun mematahkan semangatnya bergelar pendidik.

Menurutnya, apa yang dilaluinya tidak begitu 'sukar' jika dibandingkan dengan guru pendidikan Islam atau ustaz dari semenanjung yang terpaksa membina rumah mereka sendiri apabila di tempatkan jauh di kawasan pendalaman.

“Ustaz ini bina rumah dari kayu beratapkan daun rembia. Kehidupan mereka sangat daif berbanding saya yang tinggal di kuarters sekolah. 

“Bagaimanapun, kami tidak patah semangat pikul tugas mendidik anak bangsa,” katanya. Tiga hari lalui perintah berkurung Seawal bertugas di Semporna, dia banyak melalui pengalaman mendebarkan termasuklah selama tiga hari melalui perintah berkurung di sekolah.

“Saya ingat lagi masa perintah berkurung tu, kami 15 guru  majoritinya guru dari semenanjung termasuk Guru Besar, PM John dari India duduk bersama-sama di kuartes sekolah.

“Lokasi itu dikawal tentera dan polis sepanjang tempoh perintah berkurung dijalankan.

"Masa tu ada orang kaya yang dalam perjalanan menaiki bot bawa wang tunai yang banyak bagi membeli kenderaan diserang Munduk (lanun laut).

Menurutnya, selama tiga hari mereka mendengar bunyi tembakan dan akhirnya pasukan keselamatan berjaya  menangkap sebahagian lanun.

“Selepas itu saya berpindah ke Sekolah Menengah Kebangsaan St Anthony (M), Tenom. Saya  berkhidmat selama lima tahun di Sabah sebelum mengajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Undang Rembau pada 1983.

Guru bukan sekadar kerjaya

Radzuan berkata, pengalaman berkenaan sebahagian pahit, manisnya sepanjang 36 tahun berkhidmat.

“Apa yang saya kesalkan ada mengikuti kursus perguruan kerana tiada peluang kerja. Jadi mereka  hanya jadikan tugas ini kerjaya sahaja dan bukan kesungguhan," katanya.

Menurutnya, gaji pertama yang diperoleh RM287 sehingga disahkan dalam jawatan selepas tiga tahun iaitu sebanyak RM310.

“Elaun kawasan semasa bertugas di Sabah sekitar RM80. Kini dengan pelbagai kemudahan jauh lebih baik dari zaman saya dahulu,” katanya.

Masih boleh berbakti

Dia menamatkan perkhidmatan dengan jawatan terakhir sebagai Guru Penolong Kanan Pentadbiran dengan  memangku jawatan Pengetua Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Pulau Sebang.

“Menariknya, sebagai sebahagian daripada Pawe, kami individu yang bergelar warga emas dan mempunyai pelbagai latar belakang ini sepakat anjur kelas tuisyen bagi calon peperiksaan

Ujian Penilaian Sekolah Rendah dan Sijil Pelajaran Malaysia.

“Saya seru kepada manamana warga emas termasuklah pesara guru di sekitar Tampin dan juga Rembau untuk sama-sama di Pawe merancang lebih banyak aktiviti untuk masyarakat

termasuklah mendidik golongan remaja," katanya.



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment