Skim Insurans Kesihatan Sukarela bantu golongan B40

Friday, April 6, 2018

Skim Insurans Kesihatan Sukarela bantu golongan B40

Skim Insurans Kesihatan Sukarela bantu golongan B40

PUTRAJAYA - Kerajaan akan memperkenalkan Skim Insurans Kesihatan Sukarela pada tahun ini bagi membantu golongan berpendapatan rendah B40 mendapatkan penjagaan perkhidmatan kesihatan di klinik swasta dengan pembayarannya disokong oleh kerajaan.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S.Subramaniam berkata, ia diputuskan secara dasar dalam mesyuarat terakhir Jemaah Menteri hari ini dan akan diperhalusi selepas PRU14 untuk melihat pelaksanaannya termasuk mengenal pasti mereka yang layak, jenis penyakit dan kaedah pembayaran.

Beliau  berkata, skim tersebut akan diuruskan oleh kementeriannya dan dipantau oleh Kementerian Kewangan, bertujuan mendekatkan lagi perkhidmatan sektor kesihatan awam dan swasta.

"Skim ini dapat membantu golongan B40 dan mereka akan mendapat manfaat menggunakan kemudahan perkhidmatan kesihatan di sektor swasta dan ini sekali gus mengurangkan kesesakan di klinik kesihatan kerajaan.

"Kajian perlu dibuat secara menyeluruh termasuk klinik swasta yang berkenaan serta kos berkaitan dengan pelaksanaan skim itu," katanya pada sidang media di kementeriannya di sini hari ini. - Bernama



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment