Mak Cun, Aiman Tino di Festival GegaRia 2018 Seremban

Friday, April 6, 2018

Mak Cun, Aiman Tino di Festival GegaRia 2018 Seremban

Mak Cun, Aiman Tino di Festival GegaRia 2018 Seremban

SEREMBAN: Orang ramai terutama golongan muda yang berminat menceburi bidang usahawan jangan lepaskan peluang berkunjung ke Festival GegaRia 2018 #KitaOK di Dataran Centrio, Seremban 2 di sini, esok.

Lokasi acara di Dataran Centrio itu, bakal menjadi landasan terutama belia yang mahu menjadi usahawan digital untuk mendapatkan nasihat dan khidmat pakar bagi menjana pendapatan yang lebih tinggi.

Pengurus Projek Khas dan Perkhidmatan Pelanggan Pengiklanan, New Straits Times Press (M) Berhad (NSTP) Mohammad Anis Abdullah berkata, dua gerai iaitu #KitaOk dan #YouCanDuit dibuka dengan kerjasama Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) bagi memberi khidmat berkenaan.

"Di gerai YouCanDuit, pelakon Erma Fatima yang popular dengan panggilan Mak Cun dan penyanyi Aiman Tino ditampilkan khas bagi memberikan penerangan mengenai e-Usahawan secara lebih terperinci.

"Selain itu, mereka yang berminat dalam bidang usahawan bakal mendapat nasihat pakar berhubung cara pengurusan modal dan perniagaan yang boleh diceburi," katanya.

Beliau berkata, slot itu akan bermula jam 7.30 malam hingga 8.30 malam.

YouCanDuit adalah kempen digital untuk meningkatkan pendapatan tambahan rakyat Malaysia melalui inisiatif digital e-Rezeki dan e-Usahawan.

Sepanjang tiga tahun, MDEC berjaya melatih lebih 300,000 usahawan menerusi program e-Rezeki dan e-Usahawan selain menjana lebih RM300 juta.

Mohammad Anis berkata, penganjuran GegaRia di lokasi keenam ini diharap dapat melahirkan lebih ramai usahawan digital.



sumber: bharian

0 comments:

Post a Comment