Ronaldo terkejut dengan jaringannya

Tuesday, April 3, 2018

Ronaldo terkejut dengan jaringannya

Ronaldo terkejut dengan jaringannya

CRISTIANO Ronaldo terkejut dengan jaringan memukau yang dilakukan ketika membantu  Real Madrid menewaskan Juventus 3-0 dalam aksi suku akhir pertama Liga Juara-Juara, awal pagi tadi.

Ronaldo membuka jaringan di Turin hanya tiga minit selepas sepak mula dan menambah gol kedua sejam kemudian dengan sepakan gunting, menjadikan 14 gol keseluruhan dijaringkan dalam saingan tertinggi Eropah itu musim ini.

Jaringan sepakan gunting Ronaldo ternyata membuat pengendali pasukan, Zinedine Zidane, terpaku dan penyokong Juventus berdiri sebagai tanda hormat di atas percubaan yang telah berjaya disempurnakannya.

Ketika perlawanan berbaki 17 minit, Ronaldo berjaya mencari Marcelo bagi memastikan kemenangan 3-0 sebagai bekalan untuk aksi timbal balik di Santiago Bernabeu.

“Gol yang cantik, apa yang mampu saya katakan, ia menakjubkan. Saya tidak jangka mampu menjaringkan gol tersebut, tetapi mari bercakap mengenai perlawanan ini.

“Saya berasakan ini merupakan perlawanan yang sangat baik. Kami mencipta tiga gol ke atas Juve -- sebuah pasukan yang berkualiti.

“Kami bermain dengan baik dan saya sangat gembira. Saya membantu pasukan dengan dua gol," katanya yang muncul pemain pertama dalam sejarah Liga Juara-Juara apabila menjaringkan gol dalam 10 penampilan berturut-turut.



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment