PRU14PRU-14 semakin hampir

Sunday, April 1, 2018

PRU14PRU-14 semakin hampir


Sehubungan itu, beliau berkata, jentera pilihan raya Barisan Nasional (BN) di semua peringkat perlu meningkatkan tahap persediaan mulai sekarang.

“Pada bacaan saya ia (PRU-14) dah dekat sangat. Kita bersiap siaga, kita bersiap sedia,” katanya ketika berucap pada Majlis Timbalan Perdana Menteri Bersama Rakyat di sini hari ini.

Turut hadir Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid dan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah dan Ahli Parlimen Pendang, Datuk Othman Abdul.

Pada masa sama, beliau yang juga Timbalan Pengerusi BN turut mengumumkan slogan baharu untuk digunakan pada PRU-14 ini.

Katanya, slogan perang baharu itu adalah ‘BN Hebat, Negaraku Hebat dan Rakyat Hebat’.

“War cry (slogan perang)kita, BN hebat, negaraku hebat dan rakyat hebat,” katanya.

Sebelum ini, Ahmad Zahid juga pernah beberapa kali memberi bayangan mengenai tarikh PRU-14 akan diadakan.

Tahun lalu, beliau memberi bayangan PRU-14 akan diadakan selepas Tahun Baharu Cina yang lalu.

Beliau sekali lagi memberikan bayangan baru-baru ini ketika berucap merasmikan Jelajah Pendidikan Bumiputera (JBP) 2018 di Sekolah Menengah Sains Bagan Datuk (Sabda) di Bagan Datuk, Perak. - UTUSAN ONLINE



sumber: utusan

0 comments:

Post a Comment