PM lancar skim mikro kredit e-dagang
SERI KEMBANGAN: Entiti perniagaan dalam negara 'tiada pilihan' kecuali untuk berubah bagi berdepan realiti masa kini.
Menyedari hakikat, kerajaan berusaha mewujudkan inisiatif bagi menggalakkan lebih ramai usahawan berinovasi.
Oleh itu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melancarkan skim mikro kredit e-dagang untuk usahawan muda Cina yang berusia antara 18 hingga 45 tahun.
"Selain itu, kita juga ingin memastikan Perusahaan Kecil Sederhana (PKS) tradisional akan melalui transformasi supaya mereka kekal kompetitif dan relevan," katanya.
Beliau berkata demikian dalam ucapan perasmian skim mikro kredit tersebut di Wisma Huazong, Seri Kembangan.
Melalui skim ini, kerajaan menyediakan dana berjumlah RM25 juta untuk dimanfaatkan pemohon.
Turut hadir, Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Mah Siew Keong dan Pengasas Yayasan Usahawan Wanita Cina Malaysia Tan Sri SP Lim.
sumber: astroawani

"Dengan skim ini, saya berharap kita dapat menggalakkan keusahawanan teknologi dalam kalangan orang muda serta meningkatkan taraf kehidupan golongan muda, baik dari segi pendapatan dan juga kualiti hidup.
"Selain itu, kita juga ingin memastikan Perusahaan Kecil Sederhana (PKS) tradisional akan melalui transformasi supaya mereka kekal kompetitif dan relevan," katanya.
Beliau berkata demikian dalam ucapan perasmian skim mikro kredit tersebut di Wisma Huazong, Seri Kembangan.
Melalui skim ini, kerajaan menyediakan dana berjumlah RM25 juta untuk dimanfaatkan pemohon.
Turut hadir, Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Mah Siew Keong dan Pengasas Yayasan Usahawan Wanita Cina Malaysia Tan Sri SP Lim.
sumber: astroawani
0 comments:
Post a Comment