PRU14Jentera BN Selangor luar biasa, siap sedia hadapi PRU-14

Sunday, April 1, 2018

PRU14Jentera BN Selangor luar biasa, siap sedia hadapi PRU-14


Kesediaan itu ditegaskan Pengerusinya, Tan Sri Noh Omar yang mana beliau turut berpuas hati dengan persiapan kesemua jentera parti itu ketika ini.

“Sekarang ini kita (BN Selangor) hanya menunggu bila Parlimen dibubarkan. Saya yakin dengan persiapan jentera kita yang saya anggap luar biasa.

“Pengalaman saya empat kali bertanding (dalam pilihan raya), saya lihat persiapan pilihan raya kali ini yang begitu terperinci dengan jenteranya yang lebih tersusun,” katanya.

Noh berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Perhimpunan Agung Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah (Pekida) Malaysia Kali Ke-23 di Dewan Bangunan UMNO Bahagian Sungai Besar, di sini, petang ini.

Pada masa sama, Noh turut meminta supaya semua ahli UMNO dan parti-parti komponen BN di negeri ini memberi tumpuan sepenuhnya kepada misi mencapai kemenangan dalam PRU-14. - UTUSAN ONLINE.



sumber: utusan

0 comments:

Post a Comment