Bomba bantu tangkap anjing dijangkiti rabies

Sunday, April 1, 2018

Bomba bantu tangkap anjing dijangkiti rabies

Bomba bantu tangkap anjing dijangkiti rabies

KUCHING : Anggota bomba terpaksa dipanggil untuk menangkap seekor anjing yang disyaki dijangkiti virus rabies di Taman Matang Jaya, di sini, hari ini.

Anjing berkenaan yang dikenalpasti mempunyai simpton wabak itu dikatakan sudah menggigit dua mangsa, termasuk pemiliknya.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, Tiong Ling Hii berkata, pihaknya menerima panggilan memohon bantuan khidmat khas pada jam 5.39 petang tadi.

Beliau berkata, lapan anggota termasuk tiga anggota EMRS dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Petra Jaya dikejarkan ke lokasi.

Setibanya di lokasi, komander operasi melaporkan seekor anjing berada di dalam kereta dan dipercayai dijangkiti virus rabies dan sudah mengigit dua orang mangsa iaitu pemilik anjing itu dan seorang orang awam.

"Pasukan bomba bertindak menggunakan penjerut untuk menangkap anjing itu sebelum dimasukkan ke dalam sangkar sebelum diserahkan kepada pemiliknya," katanya.

Ling Hii berkata, difahamkan anjing berkenaan sudah diserahkan kepada pihak berwajib untuk pemeriksaan lanjut, manakala mangsa gigitannya sudah diberikan rawatan awal.



sumber: bharian

0 comments:

Post a Comment