Persempadanan Semula: Charles tarik balik injunksi

Wednesday, April 4, 2018

Persempadanan Semula: Charles tarik balik injunksi

Persempadanan Semula: Charles tarik balik injunksi

SHAH ALAM - Ahli Parlimen Klang, Charles Anthony Santiago menarik balik injunksi untuk menghalang Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia daripada membentangkan Laporan Kajian Semula Persempadanan Kawasan Pilihan.

Peguamnya, Amanda Farhana Roslaini membuat permohonan itu  kepada Mahkamah Tinggi Shah Alam sebentar tadi.

Bagaimanapun, Charles selaku plaintif berhasrat untuk meneruskan saman tersebut.

Peguam Kanan Persekutuan, Alice Loke yang mewakili Pandikar tidak membantah namun memohon RM5,000 sebagai kos kerana dokumen telah dilengkapkan.

Hakim, Datuk Azimah Omar membenarkan permohonan itu dengan kos RM2,000.

Kedua pihak tersebut diperintah ke pengurusan kes.

Pada 28 Mac lalu, usul Persempadanan Semula Kawasan Pilihan Raya persekutuan dan negeri yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak  diluluskan Dewan Rakyat.

Speaker, Pandikar mengumumkan usul tersebut diluluskan dengan majoriti 129 ahli Parlimen menyokong manakala hanya 80 tidak bersetuju.

Charles menerusi Merss Fam &  Co memfailkan saman terhadap Pandikar pada 27 Mac sehari sebelum usul tersebut dibentangkan di Parlimen.

Dalam saman itu, beliau memohon deklarasi bahawa pengedaran dan pembentangan laporan itu tidak berperlembagaan.



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment