Pelajar tingkatan 2 antara tiga maut.. motosikal bertembung
KLANG - Seorang pelajar tingkatan Dua antara tiga yang maut selepas motosikal dinaiki mereka bertembung di Jalan Banting-Pandamaran dari arah Pandamaran menghala ke Telok Gong, di sini awal pagi, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 12.15 pagi itu, kesemua mangsa yang maut dikenal Aliff Danial Bakhtiar Affan, 14; Muhammad Shahrin Muhammad Rizal Sandah, 17; dan Khairul Johan Ridzo Mohd Joni, 26.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, kejadian dipercayai berlaku apabila motosikal jenis Yamaha Y125R yang ditunggang Khairol Johan dari arah Telok Gong menghala ke Pandamaran bertembung dengan motosikal jenis Honda Wave yang dinaiki Muhammah Shahrin dan pelajar tingkatan dua itu.
âPertembungan kuatitu menyebabkan ketiga-tiga mangsa tercampak ke atas jalan.
âKesemua mangsa parah dan meninggal dunia di tempat kejadian,â katanya.
Menurutnya, polis akan menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti punca sebenar kemalangan.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) APJ 1987.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment