PAN Negeri Sembilan umum calon PRU-14
SEREMBAN: Naib Presiden Parti Amanah Negara (PAN), Dr Hasan Baharom, ialah antara empat muka baharu diumumkan bertanding sebagai calon Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).
Pengerusi PAN Negeri Sembilan, Zulkefly Mohamad Omar, berkata Hasan akan bertanding di Parlimen Tampin.
"Tiga lagi calon muka baharu ialah Sahrizal Masrudin yang akan bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota, Bakri Sawir (Klawang) dan Suhaimi Kassim (Lenggeng)," katanya pada sidang media di sini, hari ini.
Selain itu, lima lagi calon PAN yang akan bertanding ialah Naib Pengerusi 1 PAN negeri, Mustafar Ab Kadir di Parlimen Jelebu; Zulkefly (DUN Johol); Timbalan Pengerusi PAN negeri, Mohamad Taufek Abd Ghani (DUN Paroi); Md Rais Mohamad @ Basiron (DUN Senaling) dan Rahman Ramli (DUN Serting).
sumber: bharian
0 comments:
Post a Comment