Myung-bak didakwa secara rasmi

Sunday, April 8, 2018

Myung-bak didakwa secara rasmi

Myung-bak didakwa secara rasmi

SEOUL - KOREA SELATAN. Bekas Presiden Korea Selatan, Lee Myung-bak didakwa secara rasmi atas tuduhan rasuah, hari ini.

Myung-bak, 76, yang berkhidmat pada 2008 hingga 2013 itu berdepan tuduhan rasuah, penyalahgunaan kuasa, penyelewengan dan pengelakan cukai.

Dakwaan itu dibuat beberapa hari selepas penggantinya, Park Geun-hye dijatuhi hukuman penjara 24 tahun selepas disabit atas kesalahan rasuah.

Myung-bak ditahan pada bulan lalu dan sejak itu beliau enggan disoal siasat oleh pendakwa raya.

Beliau menafikan sekeras-kerasnya tuduhan tersebut dan mendakwa ia sebagai 'dendam politik'.

Agensi berita Yonhap melaporkan beliau bakal berdepan hukuman penjara seumur hidup jika didapati bersalah.

"Perbicaraan beliau dijangka bermula bulan depan," jelas laporan itu lagi.

Difahamkan, kesemua presiden Korea Selatan yang masih hidup telah didakwa atau disabitkan atas kesalahan jenayah. - AFP
 



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment