Neng Geulis tampil koleksi Tulus
NENG Geulis sebuah jenama yang mengeluarkan shawl dan pakaian kasual melancarkan koleksi Aidilfitri 2018.
Pengasas Butik Neng Geulis Hijab, Hadiana Sujadi berkata, sempena Aidilfitri 2018, Neng Geulis membawakan koleksi Tulus by Neng Geulis dengan #TulusbyNengGeulis dan #ExtraManisDenganNengGeulis.
âBagi koleksi terbaharu ini, Neng Geulis menampilkan kelainan dengan mengeluarkan koleksi sedondon ibu dan anak. Berbeza dengan tahun-tahun sebelumnya, rekaan kali ini tampil dengan potongan yang lebih kemas agar nampak mewah dan eksklusif,â katanya.
Katanya, lebih istimewa Neng Geulis turut memperkenalkan pakaian raya khusus untuk ibu menyusukan akan iaitu jubah dan kurung moden eksklusif.
Bagi koleksi Aidilfitri tahun ini sebanyak 24 rekaan termasuk 12 rekaan yang sesuai untuk wanita yang bergelar ibu, gadis dan anak-anak.
Manakala sebanyak 12 rekaan sedondon khusus untuk ibu dan anak bergaya pada hari Lebaran nanti.
âKoleksi Aidilfitri ini sudah pun dilancarkan secara atas talian di laman sesawang www.nenggeulis.com pada Khamis lalu. 1 Mei ini kami lancarkan jualan di kedua-dua butik yang terletak di Kota Damansara dan Bangi Gateway.
âHarga yang ditawarkan untuk koleksi Aidilfitri dengan rekaan setanding âbespokeâ amat mampu milik bermula dari RM169 hingga RM299,â katanya.
Katanya, pelanggan juga akan menikmati diskaun hebat pada pembelian tertentu dengan hadiah menarik seperti Shawl Pearl Jane, kad keahlian VIP percuma serta baucer bernilai RM50.
Neng Geulis telah beroperasi sejak dari 2010 bermula dengan hijab khususnya shawl.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment